Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China bincang isu COVID-19 di Laos esok

Bernama
Februari 19, 2020 11:23 MYT
Sebelum ini, Saifuddin (gambar) berkata mesyuarat ini bakal memperlihatkan solidariti ASEAN dengan China dalam menangani isu wabak COVID-19. - Gambar fail
Menteri-Menteri Luar ASEAN dan China, akan bertukar pandangan mengenai kerjasama dalam menangani penularan wabak COVID-19, dalam satu mesyuarat khas di Vientiane, Laos esok (20 Feb).
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, delegasi Malaysia ke Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China itu, akan diketuai Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau akan diiringi pegawai-pegawai kanan Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Kesihatan.
"Kesemua Menteri Luar ASEAN dan Penasihat Negara merangkap Menteri Luar China Wang Yi, dijangka hadir ke Mesyuarat Khas ini," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, Saifuddin dilaporkan berkata mesyuarat ini bakal memperlihatkan solidariti ASEAN dengan China, dalam menangani isu wabak itu.
-- BERNAMA
#China #COVID-19 #Kementerian Kesihatan #koronavirus #Malaysia #Menteri Luar ASEAN #Mesyuarat Khas #Saifuddin Abdullah #solidariti #Wisma Putra
;