Mesyuarat kedua Dewan Rakyat diawalkan kepada 22 Mei - Johari

Bernama
Mac 22, 2023 17:12 MYT
Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen ke-15 diawalkan kepada 22 Mei hingga 15 Jun ini, berbanding jadual asal pada 12-27 Jun. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen ke-15 diawalkan kepada 22 Mei hingga 15 Jun ini, berbanding jadual asal pada 12-27 Jun.
Perkara itu dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan, di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua majlis telah bersetuju dengan pindaan itu, selaras dengan Peraturan 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Ini adalah susulan daripada permintaan saya kepada Perdana Menteri kerana ramai ahli Yang Berhormat akan menjalani ibadah haji di Mekah pada tahun ini dan perlu membuat persiapan sewajarnya memandangkan Hari Raya Haji dijangka jatuh pada 29 Jun 2023," katanya.
-- BERNAMA
#Persidangan Dewan Rakyat #Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen ke-15 #Johari Abdul #Yang Dipertua Dewan Rakyat
;