Mesyuarat hanya bincang persediaan sidang Parlimen - Azmin
Ridauddin Daud
November 1, 2020 17:52 MYT
November 1, 2020 17:52 MYT
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Perikatan Nasional (PN) membabitkan ketua-ketua Whip parti kerajaan diadakan bagi membincangkan persediaan sesi sidang Parlimen yang akan bersidang esok.
Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dalam mesyuarat itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan perkembangan terkini dan persediaan yang perlu dilakukan.
"Ini hanya majlis (mesyuarat) kerajaan membabitkan ketua-ketua Whip kerajaan di mana Perdana Menteri (Muhyiddin) memberitahu perkembangan terkini.
"Beliau juga memberitahu kita perlu bersiap sedia untuk sesi yang akan datang ini. Sekadar kemas kini," katanya ketika ditemui sebaik selesai mesyuarat bersama ketua-ketua Whip di Hotel Hilton di sini pada Ahad.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#mesyuarat Perikatan Nasional
#Perikatan Nasional
#Dewan Rakyat
#Hotel Hilton
#Kuala Lumpur
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#Azmin Ali
#ketua-ketua Whip