Mesir: Setahun pemerintahan demokratik Morsi
Astro Awani
Julai 2, 2013 07:55 MYT
Julai 2, 2013 07:55 MYT
Perubahan yang perlahan berkemungkinan besar adalah antara faktor yang membuat rakyat Mesir melakukan tunjuk perasaan secara besar-besaran.
Bantahan dilaporkan membabitkan lebih 17 juta rakyat negara itu.
Tambah Pensyarah Fakulti Tamadun Islam UTM, Skudai Prof. Dr. Kamaruzaman Yusof, selepas kejayaan "Arab Spring" oleh gerakan Ikhwanul Muslimin, kumpulan itu dilihat sebagai pejuang rakyat yang baik namun telah gagal menjadi pentadbir yang baik.
“Mereka sudah diberikan peluang untuk mentadbir tetapi terdapat beberapa kekurangan dari segi pengalaman. Mereka juga sudah lama ditekan oleh regim Hosni Mubarak jadi terdapat unsur-unsur ingin membalas dendam. Jadi mereka lebih percaya kepada kelompok mereka sendiri,” kata beliau.
Turut ditemubual dalam program Agenda AWANI adalah seorang warga Mesir, Jermin Mahmod, yang melaporkan secara langsung dari lokasi tunjuk perasaan di Kaherah.
“Rakyat Mesir kini bersatu termasuk pihak polis dan tentera. Kami ingin Presiden Morsi meletak jawatan dan kami sedang menuju ke Istana Presiden untuk mengusir beliau,” kata Jermin.
Klik video untuk diskusi penuh Agenda AWANI.