Mesin pemeriksaan darah cecah puluhan ribu ringgit
Nabihah Hamid
Mac 6, 2014 09:32 MYT
Mac 6, 2014 09:32 MYT
KUALA LUMPUR: Kebanyakan klinik swasta tidak mampu menyediakan kemudahan pemeriksaan darah untuk mengesan wabak denggi berikutan kos mesin tersebut dikatakan mencecah puluhan ribu ringgit.
Menurut Sukarelawan Koordinator Persatuan Perubatan Profesional (MIMPA), Dr Raja Kohila Siva Ganesa, sekiranya setiap klinik swasta memiliki mesin pemeriksaan ia mampu menyelamatkan banyak nyawa.