Mesej viral kenaikan kadar tol adalah palsu - Kementerian

Bernama
Oktober 14, 2016 23:16 MYT
Laporan mengenai kenaikan kadar tol yang tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp adalah palsu. -Gambar fail
Laporan mengenai kenaikan kadar tol yang tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp adalah palsu, menurut Kementerian Kerja Raya.
Dalam kenyataan malam ini, kementerian itu berkata laporan yang diviralkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu adalah berita lama dan telah dikitar semula.
"Ini jelas apabila laporan berkenaan memetik tarikh dan hari yang salah dengan menyebut kenaikan tol kononnya akan berkuat kuasa pada Isnin 16 Nov, padahal 16 Nov 2016 jatuh pada hari Rabu," kata kenyataan itu.
Kementerian itu menegaskan bahawa sehingga kini belum ada sebarang keputusan mengenai kenaikan kadar tol. -Bernama
#Kementerian Kerja Raya #kenaikan kadar tol #mesej WhatsApp palsu
;