Mesej tular Lajim Ukin meninggal dunia tidak benar

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Ogos 24, 2021 23:07 MYT
Datuk Seri Lajim Ukin masih dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ Sabah. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Datuk Seri Lajim Ukin masih dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ Sabah.
Pegawai Khas kepada Datuk Seri Lajim Ukin, Ismail Norazman dalam satu muat naik di laman Facebook miliknya mengesahkan perkara tersebut dan menafikan mesej tular di media sosial yang mendakwa Pengerusi AIM tersebut telah meninggal dunia.
"Saya menerima berita yang ditularkan di media sosial mengatakan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia telah tiada.
"Beliau kini masih dalam keadaan stabil walaupun kritikal selepas ditidurkan sejak petang tadi jam 2 petang.
"Sebaran berita itu adalah palsu," katanya.
BACA: Lajim Ukin kini ditidurkan akibat jangkitan COVID-19 - Sumber
Jelas Ismail lagi beliau berharap mesej yang tular tersebut dihentikan dan menggesa agar sebarang sebaran berita tidak sahih tidak dikongsi.
"Bersama kita mendoakan kesembuhan Datuk Seri Panglima melawan COVID-19 yang kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pakar KPJ," katanya lagi.
#Lajim Ukin #mesej tular #meinggal dunia #tidak benar #Hospital Pakar KPJ Sabah #COVID-19
;