Mesej tular kaitkan KPPA, dua anak adalah palsu
Bernama
September 9, 2023 19:03 MYT
September 9, 2023 19:03 MYT
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan satu mesej tular di media sosial, yang kononnya dikeluarkan oleh anak kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Dr Zulkapli Mohamed.
JPA menerusi penafian yang dimuat naik di laman Facebook rasmi hari ini, memaklumkan mesej tular itu adalah tindakan yang berniat jahat untuk mengelirukan orang ramai.
"Ini adalah tindakan yang berniat jahat untuk mengelirukan orang ramai dan masyarakat dan mencemarkan imej perkhidmatan awam.
"Hentikan sebar berita palsu! Tidak pasti jangan kongsi!," katanya.
JPA turut memuat naik tangkap layar mesej tular yang mengaitkan KPPA dan dua anaknya serta nombor telefon yang digunakan bagi menyebarkan mesej berkenan.
Turut dimuat naik adalah tangkap layar laporan polis yang dibuat mengenai mesej tular itu.
-- BERNAMA