Mersing daerah pertama dilanda banjir di Johor

Astro Awani
Disember 26, 2023 07:00 MYT
Daerah Mersing di Johor menjadi lokasi pertama di negeri itu yang dilanda banjir susulan hujan lebat pada Selasa
MERSING: Daerah Mersing di Johor menjadi lokasi pertama di negeri itu yang dilanda banjir susulan hujan lebat pada Selasa.
Sebaik sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kompleks Raman Endau Rompin dibuka, seramai 83 penduduk dari 25 keluarga di Kampung Orang Asli Peta yang terjejas akibat banjir ditempatkan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Mersing, Mohammed Shakib Ali, PPS berkenaan dibuka pada pukul 6 petang Selasa.
Banjir yang melanda juga, jelas Mohammed Shakib menyebabkan jalan masuk ke Kampung Orang Asli Peta terputus hubungan.
Dalam masa sama, kata beliau, jalan masuk ke Tenggaroh Timur ditutup kepada semua kenderaan.
Sehingga semalam, paras Sungai Endau di Kampung Labong, di sini, melebihi paras bahaya iaitu 2.27 meter berbanding 2.20 meter.
Selain itu, Sungai Sedili Kecil di Kota Tinggi juga melepasi paras bahaya 2.74 berbanding 2.50 meter.
#banjir johor #Mersing dilanda banjir #Pusat Pemindahan Sementara #Kompleks Raman Endau Rompin
;