Meremang... ular melingkar atas peti sejuk

Sinar Harian
Oktober 16, 2018 16:17 MYT
Mangsa banjir, Sakinah Zamzam, 66, berkata, anaknya yang pulang menjenguk rumah yang ditinggalkan sejak Ahad lalu tidak menyangka bertemu tetamu tak diundang itu. - Foto Sinar Harian
Melihat ular melingkar di atas peti ais menjadi pengalaman negeri mangsa banjir ketika menjenguk rumah yang ditinggalkan selepas dinaiki air sehingga paras paha di Kampung Bukit Hijau, di sini.
Mangsa banjir, Sakinah Zamzam, 66, berkata, anaknya yang pulang menjenguk rumah yang ditinggalkan sejak Ahad lalu tidak menyangka bertemu tetamu tak diundang itu.
“Mulanya makcik ingatkan anak bergurau sebab dia tangkap ular plastik dan masukkan dalam bekas plastik, rupa-rupanya ular betul.
“Sebab tu makcik tak berani nak balik lagi dan air masih naik lagi. Bimbang juga jumpa ular sebab rumah dekat ladang sawit,” katanya.
Sakinah antara 58 penduduk kampung daripada 16 keluarga yang dipindahkan ke Balai Raya JKKK Kampung Bukit Hijau sejak tiga hari lalu.
#banjir #Kampung Bukit Hijau #mangsa banjir #Sakinah Zamzam #ular melingkar
;