Mercun disebalik kopi akhirnya tumpas

Shahrul Hassan
Februari 12, 2018 05:11 MYT
Pelbagai jenis mercun dianggarkan berjumlah RM600,000 diseludup masuk untuk pasaran tempatan. - Astro AWANI/Shahrul Hassan
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua (PPM) berjaya menghidu helah seorang peniaga kopi warga tempatan yang cuba berselindung dengan menjual pelbagai jenis mercun di Ulu Tiram kira-kira jam 9.55 malam Isnin.
Menurut Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu, sepasukan anggotanya yang menjalan tugas Risikan Dan Operasi Landai Khas sempena perayaan Tahun Baharu Cina berjaya mengesan sorang lelaki warga tempatan berusia 43 tahun, mengambil kesempatan menjual pelbagai jenis mercun di kedai kopi miliknya.
"Kita dapati tektik peniaga kedai Kopi ini ingin mengaut keuntungan segera sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina dengan menjual pelbagai jenis mercun,” katanya dalam satu kenyataan media.
Serbuan diketuai oleh Inspektor Fazli bersama 6 anggota PPM Pengerang yang telah membongkar aktiviti penjualan pelbagai jenis mercun dijual peniaga tersebut.
Pelbagai jenis mercun dianggarkan berjumlah RM600,000 diseludup masuk untuk pasaran tempatan.
Beliau menjelaskan, suspek kini ditahan sementara mercun yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat PPM Wilayah Dua untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Sekayen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
#Cina #Cuba #lelaki #letupan #Media #operasi #peniaga #polis #suspek #Tahun Baru Cina
;