Menteri Pengangkutan ucap takziah kepada suami Siti Saraf

Azyyati Ahmad
Oktober 27, 2021 10:24 MYT
Siti Saraf meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengucapkan takziah kepada Mohamad Amirul Akmal Mohd Aziz di atas kematian isteri Siti Saraf Ismail yang merupakan Kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Dalam satu muatnaik di Facebooknya, Ka Siong turut akui kisah sedih Mohamad Amirul yang kehilangan Siti Saraf sebaik bergelar isteri menyentuh hatinya.
Sumber Facebook wksbmenglish
Siti Saraf yang merupakan kakitangan JPJ Putrajaya telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam bergelar isteri kepada Mohamad Amirul.
Siti Saraf meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak.
Kisah sedih pasangan ini tular di media sosial apabila dikongsikan oleh warganet yang rata-rata menitipkan doa kepada arwah dan kata-kata semangat kepada Mohamad Amirul.
#Wee Ka Siong #media sosial #JPJ #Datuk Seri Dr Wee Ka Siong
;