Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Syeed Aman Ghazali hari ini menyeru rakyat Sarawak agar memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam memperjuangkan hak negeri ini daripada kerajaan persekutuan.

"Adalah penting rakyat Sarawak bersatu menyokong ketua menteri oleh kerana kita kini berada di persimpangan dan menghadapi banyak cabaran bagi menentukan hala tuju kita, selain memperjuangkan hak-hak kita," katanya.

Beliau pada majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada kira-kira 80 penerima di Masjid Darul Naim, Kampung Lintang di sini.

Beliau merujuk kepada usaha kerajaan Negeri bagi melaksanakan penurunan kuasa dan pengembalian hak-hak negeri daripada kerajaan pusat.

-- BERNAMA