Menteri Kewangan menghadap Agong beri taklimat mengenai kedudukan kewangan negara

Bernama
Mei 5, 2020 16:05 MYT
Tengku Zafrul juga memberi taklimat kepada baginda mengenai pandangan terkini dan perkembangan pelan pemulihan ekonomi jangka pendek.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi taklimat dan perkembangan terkini mengenai perkara berkaitan kewangan dan ekonomi negara.
“Saya menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 4 Mei 2020 untuk memberi taklimat mengenai perkara-perkara berkaitan dengan kewangan dan ekonomi negara,” kata Tengku Zafrul di laman Facebook beliau pada Selasa.
Menurutnya, perbincangan semasa pertemuan itu turut merangkumi isu-isu mengenai kesan pandemik COVID-19 ke atas ekonomi negara, perniagaan dan pekerjaan serta memaklumkan kepada baginda mengenai pelan kerajaan untuk memulihkan semula ekonomi.
Tengku Zafrul juga memberi taklimat kepada baginda mengenai pandangan terkini dan perkembangan pelan pemulihan ekonomi jangka pendek.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda atas kemurahan hati baginda dan peluang yang diberikan untuk berkongsi mengenai perkembangan terkini ini serta keprihatinan berterusan baginda terhadap rakyat,” katanya.
#CIMB #Kementerian Kewangan #MCO #MOF #PKP #Yang di-Pertuan Agong
;