Menteri Kesihatan alami gejala renal colic

Sinar Harian
Mac 13, 2024 12:49 MYT
KKM memaklumkan keadaan Dr Dzulkefly stabil dan sedang menerima rawatan. - Gambar fail/Astro AWAMI
SHAH ALAM: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dirujuk kepada jabatan kecemasan pada awal pagi Rabu kerana disyaki mengalami gejala renal colic.
Bagaimanapun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan memaklumkan keadaan Dr Dzulkefly stabil dan sedang menerima rawatan.
"Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih untuk bertugas," kata kementerian itu.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
#Menteri Kesihatan #Dzulkefly Ahmad #renal colic #Jabatan Kecemasan
;