Menteri janji siasat kes ketua jabatan hospital gila seks

Sinar Harian
Julai 29, 2018 16:14 MYT
Dzulkefly berjanji akan menyelidik isu dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris itu dengan terperinci.- Gambar fail
Kementerian Kesihatan akan menyiasat laporan mengenai aktiviti gila seks seorang ketua jabatan di sebuah hospital.
Menterinya, Dzulkefly Ahmad berkata, beliau berjanji akan menyelidik isu dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris itu dengan terperinci.
“Kepada yang bertanya mengenai kes ini, kementerian akan menyiasatnya. Saya memberi jaminan kepada semua, terutama mangsa terlibat,” katanya di laman Twitter.

Kpd semua yg bertanya mengenai kes ini..."A sex predator in the house"... MOH will get to the bottom of this... I want to assure you all...esp the aggrieved victims (HOs). https://t.co/m8CXEmLzlU

— Dzulkefly Ahmad (@DrDzul) July 29, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

The Star dalam laporan ekslusifnya hari ini mendedahkan aktiviti seorang ketua jabatan ortopedik sebuah hospital di Lembah Klang yang kerap melakukan gangguan seksual.

Pemangsa menjadikan doktor pelatih wanita sebagai sasaran dan mengugut akan mengagalkan latihan perubatan mereka jika tidak mengikut kehendaknya.
Antara modus operandi ketua jabatan itu ialah meminta doktor pelatih untuk minum bersamanya sebelum melakukan sentuhan seksual secara paksa.
Salah seorang mangsa mendakwa telah membuat laporan polis terhadapnya namun tiada tindakan diambil.

#Dr Dzulkefly Ahmad #Gila seks #Ketua Jabatan #Menteri Kesihatan
;