Masalah kebocoran nombor akaun bank penerima Program Subsidi Petrol (PSP) yang terdedah di portal rasmi PSP sebelum ini telah selesai dan keselamatan data penerima adalah terjamin, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata langkah pembetulan telah dilakukan ke atas portal tersebut oleh pasukan kementerian yang bertanggungjawab dalam masa beberapa jam selepas masalah itu dilaporkan.
"Masalah itu berlaku dalam tempoh yang tidak panjang dan ia telah segera diperbaiki dan sistem itu berjaya dilindungi serta keselamatan data penerima adalah terjamin," katanya kepada media selepas merasmikan Hari Sukan Keluarga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini hari ini.
Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata pihaknya masih menunggu laporan KPDNHEP berhubung nombor akaun bank penerima PSP yang terdedah di portal rasmi PSP.
Bagaimanapun, Saifuddin Nasution berkata tiada laporan perlu dibuat kerana beliau telah berhubung dengan menteri dan memaklumkan bahawa masalah itu telah berjaya diselesaikan.
KPDNHEP dalam kenyataan sebelum ini berkata pihaknya telah meningkatkan sistem dan keselamatan data laman web sebelum mengaktifkannya semula untuk diakses orang ramai.
Dalam pada itu, sebagaimana diumumkan menteri tersebut sebelum ini, seramai 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) daripada golongan B40 yang layak menerima bantuan PSP boleh menyemak kelayakan mereka melalui portal psp.kpdnhep.gov.my bermula 15 Okt.
Beliau berkata lebih 1.6 juta hits diterima dalam masa tiga hari sejak portal tersebut dilancarkan.
"Untuk tiga hari pertama sehingga 17 Okt, sebanyak lebih 218,000 permohonan PSP yang layak dan dikemas kini dicatatkan oleh portal terbabit," katanya.
Beliau kata melalui jumlah tersebut menunjukkan bahawa kepentingan portal PSP untuk memastikan golongan yang layak berada dalam senarai menerima bantuan bersasar berkenaan.
"Fokus kementerian sekarang adalah memastikan agar tiada yang tercicir, jadi kita mengajak rakyat untuk semak di portal dan semua talian KPDNHEP bagi mengemas kini maklumat mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 20 2019

SAIFUDDIN: Fokus kementerian sekarang adalah memastikan agar tiada yang tercicir, jadi kita mengajak rakyat untuk semak di portal dan semua talian KPDNHEP bagi mengemas kini maklumat mereka. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

RUU Pembaharuan Semula Bandar tidak mengancam hak kaum, B40 - Nga
Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) tidak akan meminggirkan, mengancam atau merampas hak golongan tertentu berdasarkan kaum atau pendapatan khususnya golongan B40.

Food bank beri manfaat besar kepada B40, pedalaman - Saifuddin Nasution
Inisiatif Yayasan Food Bank Malaysia telah memberi manfaat besar kepada golongan B40 termasuk penduduk pedalaman Orang Asli di Taman Negara, Kuala Tahan.

KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.

PLKK buka peluang pelajar B40 terokai kemahiran dan teknologi
Program itu selaras dengan objektif untuk menyediakan latihan dan kemahiran bagi meningkatkan peluang pelajar menembusi pasaran pekerjaan.

Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.

Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.

Perkasa komuniti PPR, elak terjerumus menjadi setinggan bertingkat - Pengarah Program K2K
Keluarga dalam kalangan B40 memerlukan pendekatan khusus untuk menyerlahkan potensi sebagai golongan masyarakat yang ada kekuatan tersendiri.

Gamuda tingkat komitmen biasiswa kepada RM30 juta, perkasa 123 pelajar
Ia bakal beri manfaat kepada 123 pelajar, meningkat daripada 79 pelajar tahun lepas, dengan lebih 70% penerima daripada kumpulan B40.

Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI
Mereka layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei).

Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.