Menteri Besar Kelantan imamkan solat jenazah mangsa lemas di Mesir

Sinar Harian
Ogos 15, 2022 09:45 MYT
Ahmad mengimamkan solat jenazah ke atas Allahyarham Muhammad Firdaus yang disahkan meninggal dunia pada 13 Ogos akibat lemas di sebuah sungai di daerah Al-Qanathir Al-Khairiyah, Mesir. - Facebook Dato' Ahmad Yakob
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengimamkan solat jenazah terhadap pelajar Universiti Al-Azhar, Muhammad Firdaus Ab Rais yang mati lemas di Al-Qanathir Al-Khairiyah, Mesir.
Perkara tersebut dikongsi oleh Ahmad menerusi satu hantaran Facebook yang dimuat naik beliau pada jam 11.20 malam Ahad.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan itu meluangkan masa bertemu ahli keluarga mangsa.
Pelajar berusia 25 tahun jurusan Syariah itu dikatakan pergi berkelah bersama 10 rakan lain di sebuah sungai pada Jumaat tetapi ditemui lemas kira-kira jam 10 pagi Sabtu.
BACA: Ibu terkejut dapat tahu anak lemas di Mesir
Kejadian itu turut mengorbankan seorang lagi rakannya yang berasal dari Patani, Thailand. - Sinar Harian
#Ahmad Yakob #solat jenazah #Pelajar Universiti Al-Azhar #mati lemas
;