Menteri Agama umum kuota haji petang ini
Astro Awani
April 21, 2022 13:33 MYT
April 21, 2022 13:33 MYT
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad akan mengumumkan kuota jemaah haji bagi tahun ini petang ini.
Pengumuman tersebut akan diadakan pada 2.30 petang dan akan disiarkan secara langsung di semua platform Astro AWANI.
"Dua tahun penangguhan ibadah haji akibat daripada wabak COVID19, akan menjadi berita gembira untuk kita semua," katanya.
Sebelum ini, Idris memaklumkan, kerajaan berharap kuota jemaah haji Malaysia ditambah sekiranya Arab Saudi membenarkan jemaah dari negara luar menunaikan rukun Islam kelima itu tahun ini.
Beliau berkata, setakat ini belum ada mana-mana negara diberikan kuota haji untuk tahun ini berikutan penularan wabak COVID-19.