Menjelang sidang DUN Sarawak, petugas media jalani ujian saringan COVID-19
Nuzuluddin Abdul Razak
November 8, 2020 13:35 MYT
November 8, 2020 13:35 MYT
KUCHING : Seramai 83 petugas media termasuk wartawan dan jurukamera melakukan ujian saringan rt-PCR COVID-19 secara pandu lalu di Pusat Perubatan Pakar Normah (NMSC) hari ini.
Ujian saringan itu adalaj prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi sebelum petugas media membuat liputan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 9 hingga 13 November ini.
Persidangan DUN Sarawak itu juga dipendekkan kepada lima hari selepas mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).
Mesyuarat ketiga pengal kelima DUN Sarawak itu juga akan menitikberatkan SOP norma baharu.
Siaran secara langsung turut dibuat Unit Komunikasi Sarawak (UKAS) bagi membolehkan wartawan mengikuti persidangan itu melalui platform digital.
Terdahulu 82 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah menjalani ujian saringan COVID-19 pada 6 dan 7 November lalu.
Sementara itu, kerja-kerja sanitasi bangunan DUN Sarawak dilakukan hari ini dan pada 14 November 2020, sehari selepas persidangan.