Menjelang Ramadan: Ini antara fokus tumpuan di Twitter

Astro Awani
April 3, 2021 18:32 MYT
Pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada tradisi dan amalan seperti majlis sambutan Ramadan, balik kampung, hiburan dan duit raya. - Foto fail
BERDEPAN norma baharu, budaya Ramadan rakyat Malaysia turut terkesan.
Memandangkan Ramadan merupakan salah satu waktu yang terpenting untuk kebanyakan rakyat Malaysia setiap tahun, Ramadan tahun ini telah dipengaruhi oleh keperluan untuk mengekang penyebaran COVID-19.
Ia telah memberi kesan kepada tradisi seperti majlis sambutan Ramadan, balik kampung, hiburan dan duit raya.
Berikut antara fakta penting yang dikongsikan Twitter, berdasarkan sorotan topik Ramadan:
1. Rakyat Malaysia membuat persiapan awal untuk Ramadan dalam norma baharu
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, Ramadan merupakan bulan yang dinanti-nantikan setiap tahun. Ini terbukti semasa #RamadanDiRumah pada 2020, apabila jangkaan dan persediaan untuk Ramadan meningkat berbanding tahun sebelumnya.
Pada tahun 2020, perbualan mengenai Ramadan meningkat di Twitter sebulan sebelum Ramadan, dengan pertumbuhan 25 peratus ciapan berbanding 2019.
2. Rakyat Malaysia mengambil berat berkaitan topik yang sama, walaupun menyambut Ramadan di rumah
Dengan pertumbuhan perbualan Ramadan pada 2020, rakyat Malaysia bersemangat untuk berbual mengenai beberapa topik semasa #RamadanDiRumah.
Antara topik utama Ramadan yang membuatkan rakyat Malaysia tertarik pada waktu ini termasuk balik kampung (+55 peratus meningkat dalam perbualan), hiburan (+38 peratus) dan makanan (+20 peratus).
Sedang rakyat Malaysia bersedia untuk Ramadan 2021, mereka bersikap positif pada waktu ini, dengan perbualan di Twitter mempunyai nada positif.
3. Media sosial memainkan peranan penting dalam sambutan Ramadan secara dalam talian rakyat Malaysia
Rakyat Malaysia merancang untuk menggunakan media sosial untuk kekal berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan serta aktiviti dalam talian.
66 peratus berkata menggunakan media sosial merupakan aktiviti yang sangat dinanti-nantikan semasa Ramadan, dengan 87 peratus menyatakan mereka akan menggunakan aplikasi media sosial lebih dari biasa untuk kekal berhubung.
4. Orang ramai memilih Twitter untuk menghiburkan diri di rumah semasa Ramadan
Selain daripada menggunakan Twitter untuk berhubung antara satu sama lain, orang ramai turut memilih Twitter untuk mencari kandungan dan juga hiburan.
Semasa Ramadan 2020, permintaan untuk kandungan berkaitan makanan dan masakan (+5 peratus lebih dari Ramadan 2019) dan komedi (+2 peratus) melonjak naik.
Kandungan keagamaan terus menyaksikan permintaan tinggi pada Ramadan 2020, dengan 66 peratus rakyat Malaysia di Twitter mencari kandungan seperti ini.
5. Peningkatan jualan dalam talian, jenama perlu kekal berhubung
70 peratus dari rakyat Malaysia merancang untuk mengekalkan pembelian dalam talian untuk Ramadan pada tahun ini dan masa hadapan.
Para peniaga perlu terus berkomunikasi dengan pelanggan mereka bagi memastikan jenama serta produk mereka terus dikenali.
6. Rakyat Malaysia mencari jenama-jenama yang dibualkan dalam talian
Rakyat Malaysia di Twitter mencari jenama-jenama untuk menjadi sebahagian daripada perbualan mereka.
81 peratus rakyat Malaysia berkata mereka ingin mendengar lebih dari jenama-jenama sedia ada.
68 peratus pula menyambut baik pandangan pakar sebelum membuat pembelian.
#COVID-19 #pandemik #Malaysia #Ramadan #Twitter #peniaga #hiburan #rakyat Malaysia #keluarga #media sosial #menjelang Ramadan #ramadan2021
;