Menjelang Belanjawan 2021, ini tumpuan utama Dewan Rakyat esok
Astro Awani
November 1, 2020 16:40 MYT
November 1, 2020 16:40 MYT
KUALA LUMPUR: Menjelang Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 yang akan membuka tirai esok (2 November), beberapa fokus menjadi tumpuan pada persidangan paling panjang pada tahun ini.
Selain usul percaya dan tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berikut merupakan beberapa perkara penting lain untuk anda ketahui:-
- Belanjawan 2021 akan dibentangkan pada 6 November. Ini pembentangan belanjawan pertama bagi Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
- Sejumlah 25 usul tidak percaya terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri telah dikemukakan Ahli Dewan Rakyat.
- Selain itu, dua usul percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin turut tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat.
- Mesyuarat kali ini akan dihadiri oleh 221 ahli Parlimen sahaja, apabila kerusi Parlimen Batu Sapi kosong selepas penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia pada 2 Oktober lalu.
- Kawalan keselamatan dan kawalan pencegahan COVID-19 semakin ketat apabila semua Ahli Parlimen termasuk pegawai, pengurusan, petugas media dan petugas am wajib menjalani ujian COVID-19.
- Malah, Ahli-ahli Parlimen dari Sabah wajib jalani kuarantin 14 hari sebelum dibenarkan menghadiri persidangan, seiring syarat yang dikemukakan sebelum ini.
- Mesyuarat kali ini merupakan merupakan mesyuarat terpanjang bagi tahun ini apabila ia akan berlangsung selama 27 hari.
#Dewan Rakyat
#Usul tidak percaya
#undang-undang
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#Belanjawan 2021
#Tengku Zafrul
#COVID-19
#Parlimen