Menjelang Aidilfitri, jualan barang kemas di Kelantan naik mendadak
Muhafandi Muhamad
April 20, 2022 16:11 MYT
April 20, 2022 16:11 MYT
KOTA BHARU: Kurang dua minggu lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, berlaku peningkatan pembelian barangan kemas di Kelantan. sejak beberapa hari lalu.
Peningkatan itu didorong oleh kecenderungan sebilangan besar masyarakat yang sering menjadikan barangan kemas antara perhiasan yang dikenakan pada hari raya.
Selain faktor itu, kebenaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga mendorong rakyat negeri itu melabur dalam pembelian emas.
Menurut peniaga emas, Siti Rohani Roslan, sejak beberapa hari lalu, ramai pengunjung berbelanja emas.
Sekalipun, harga emas semakin tinggi, namun, permintaan masih tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan, kata seorang lagi usahawan barangan kemas, Nafizah Ariffin.
“Orang masih datang membeli (emas) walaupun harga masih tinggi… (apabila pengeluaran khas) KWSP sudah diterima, lagi ramai orang akan datang beli emas,” kata Nafizah.
Sementara itu, seorang ahli perniagaan, Zulaikha Nik Nazman berkata, dia sedang membuat pertimbangan untuk membeli emas sebagai pelaburan apabila memperoleh wang KWSP kelak.
“Dapat (duit) KWSP nanti boleh beli emas sikit dan besarkan perniagan sikit… emas ini makin naik (harga) simpan sebagai pelaburan,” ujar Zulaikha.
Para peniaga emas di negeri juga menjangkakan jualan mereka akan bertambah rancak bermula sekarang hingga menjelang 1 Syawal kelak.
Ini ekoran, rakyat Kelantan memilih emas sebagai pelaburan mereka yang boleh digunakan di waktu kecemasan.