Menjejaki kes pembunuhan disebabkan keganasan rumah tangga
Kenyataan Media
Mac 11, 2021 10:59 MYT
Mac 11, 2021 10:59 MYT
PADA hari Isnin (1 Mac), seorang wanita telah ditembak oleh suaminya di Johor Bahru. Seminggu kemudian di Tawau, seorang lelaki menetak leher isterinya yang sedang hamil, sekaligus menyebabkan kematian.
Pembunuhan sebegini bukanlah insiden terpencil, tetapi ini telah menunjukkan satu trend yang lebih luas; seringkali pembunuhan yang dilakukan ke atas wanita adalah hasil daripada keganasan rumah tangga.
Kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2018 mendapati 58% kes pembunuhan wanita yang direkodkan di seluruh dunia adalah dilakukan oleh pasangan intim atau ahli keluarga, ini juga menyimpulkan bahawa rumah merupakan tempat paling berbahaya bagi wanita.
Di Malaysia, Akta Keganasan Rumah Tangga merangkumi kecederaan fizikal atau emos, dipaksa melakukan hubungan seksual dan sebaliknya, menahan, dan tindakan lain yang berbentuk keganasan rumah tangga. Namun, bunuh tidak dinyatakan sebagai salah satu bentuk keganasan rumah tangga, dan dengan demikian, hanya sedikit laporan rasmi atau statistik kematian akibat dari keganasan rumah tangga yang dapat diakses secara terbuka.
WAO memohon agar Polis Diraja Malaysia segera untuk mendokumentasikan dan mengesan pembunuhan yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga, serta mempraktikkan protokol yang lebih ketat dan jelas dalam mengendalikan kes seperti ini.
Sebagai langkah segera, kami mendesak agar Kementerian Dalam Negeri untuk menjalankan analisis terhadap semua kes pembunuhan dalam lima tahun kebelakangan ini, bagi melihat berapa banyak pembunuhan yang dilakukan oleh pasangan intim atau ahli keluarga. Tanpa mengesan pembunuhan yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga secara tepat, kita berisiko meremehkan kelaziman dan meminimumkan betapa seriusnya keganasan rumah tangga secara keseluruhan -- yang pada akhirnya mempengaruhi pemahaman kita mengenai keganasan rumah tangga di Malaysia.
Keganasan rumah tangga merupakan kejadian berulang yang semakin meningkat dari masa ke semasa; pembunuhan selalunya adalah hasil daripada penderaan yang berpanjangan, dan dirancang dan bukannya “jenayah keghairahan” yang sering dipopularkan.
Mengkelaskan pembunuhan sebagai keganasan rumah tangga adalah suatu bentuk pengiktirafan secara formal bahawa perkara ini adalah merupakan peringkat akhir dalam siri penderaan yang semakin meningkat. Ini sangat penting bagi responden pertama seperti polis, untuk mengesan dan bertindak secara tepat terhadap kes-kes keganasan rumah tangga yang berulang - kerana keganasan akan terus meningkat seiring dengan waktu, ini juga membolehkan polis untuk mengenalpasti kes yang berisiko tinggi dan bertindak dengan sewajarnya untuk menyelamatkan nyawa.
#Kementerian Dalam Negeri
#keganasan rumah tangga
#lelaki
#polis
#bunuh
#jenayah
#wanita
#keganasan
#keluarga