Meninggal dunia ketika mendaki Bukit Kledang

Abd Razak Mohd Ali
Januari 26, 2019 00:11 MYT
Polis berkata, mayat mangsa dibawa turun dengan bantuan pihak bomba.
Seorang lelaki berumur 48 tahun meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas ketika mendaki Bukit Kledang di Ipoh, kira-kira pukul 4 petang Sabtu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, mayat mangsa dibawa turun dengan bantuan pihak bomba.
Menurut beliau, berdasarkan maklumat daripada kakak mangsa, K. Jeevajothy, lelaki tersebut keluar rumah pada kira-kira jam 2 petang untuk bersenam di Bukit Kledang.
“Si mati jarang-jarang keluar bersenam ke Bukit Kledang dan setahu kakaknya, si mati tidak mempunyai apa-apa penyakit,” katanya.
Menurutnya, mayat telah dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
#bomba #Bukit Kledang #K Jeevajothy #meninggal dunia #sesak nafas
;