Mengikut deklarasi aset SPRM, Anwar yang tidak isytihar harta - Tun M

Harits Asyraf Hasnan
Mei 17, 2023 11:40 MYT
Mahathir meminta Anwar menjelaskan berkenaan pengisytiharan pendapatan dan harta.
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan berkenaan pengisytiharan pendapatan dan harta.
"Mengikut deklarasi aset SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pada 24 November 2018, di antara yang tidak mengisytihar pendapatan atau aset adalah Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
"Anwar Ibrahim boleh jelas benar atau tidak kenyataan ini," kata bekas perdana menteri itu dalam perkongsian di media sosial.
Dr Mahathir memaklumkan, beliau telah mengisytihar harta sebanyak RM32.35 juta yang merangkumi tiga buah rumah serta aset-aset lain.
Mengikut rekod, Anwar sebelum menjadi Perdana Menteri pernah mengisytiharkan harta sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2019 dan 2022.
Ia melibatkan aset bersih sebanyak RM11.2 juta merangkumi RM10.4 juta adalah daripada pemilikan empat unit hartanah yang dibeli antara tahun 2005 hingga 2022.
#Mahathir Mohamad #Anwar Ibrahim #isytihar harta #SPRM
;