Menggeletar kaki dengar letupan, bumbung rumah pun bergegar! - Netizen

Afiezy Azaman
April 12, 2019 08:17 MYT
Netizen mendakwa merasai gegaran yang berlaku akibat letupan yang menyebabkan kebakaran itu.
Letupan yang berlaku di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor awal pagi Jumaat turut menggegarkan beberapa kawasan sekitar.
Heboh di laman media Facebook kalangan netizen yang mendakwa merasai gegaran yang berlaku akibat letupan itu.
Malah ada yang mendakwa letupan dan gegaran itu dapat didengari dan dirasai sehingga ke Singapura!
Berikut beberapa komen netizen berhubung insiden awal pagi tadi:
Siti Azah: Patut la pagi tadi bangun tidur buka pintu dengar bunyi letupan..ingat bunyi apa..bergegar bumbung rumah, mengigil kaki.
Fozzy Osmand: Bunyi letupan boleh terdengar sehingga ka Stulang Laut. Ingatkan Guruh.!
Legless Spitz: lah tadi ingatkan apa yang bergegar..duduk kedai kt taman Desaru tadi begegar grill kedai..smpi tengok keliling tadi mencari apa benda.
SitiMaimunah Mahmud: Aku ingat kan bunyi guruh nak hujan... serius dalam pukul satu lebih tadi... ya Allah rupanya sini yg meletop.
Sementara itu, kalangan netizen juga berharap insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kematian dan mendoakan kesejahteraan petugas di Kompleks Bersepadu Pengerang.
Encik Ezan Eryna: Mudah mudahan semua pekerja selamat.
Raisha Rasheeqa Ramadhani: Pray for rapid pengerang
Petronas pada Jumaat mengesahkan berlaku letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang kira-kira jam 1.25 pagi tadi.
Polis mengesahkan api dapat dikawal dalam masa 30 minit dan siasatan mengenal pasti punca kejadian akan dilakukan.
Dua mangsa dilaporkan cedera dan dirawat di Pusat Kecemasan Perubatan Rapid Pengerang sebagai pesakit luar.
#ahsmon bajah #Facebook #Kompleks Bersepadu Pengerang #letupan #netizen #Rapid Pengerang
;