Mengenang Ungku Aziz: Pencetus visi pemikiran relevan merentas zaman

Umavathi Ramayah
Disember 16, 2020 17:47 MYT
Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid merupakan individu penting di sebalik kelahiran Journal of Commonwealth and Political Studies. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid ternyata seorang tokoh cendekiawan ulung yang disegani.
Walaupun usianya hampir mencecah 100 tahun, idea-ideanya terus relevan dan sesuai dengan perkembangan semasa.
Berikut adalah fakta ringkas tentang visi, pemikiran dan juga sumbangannya dalam memperjuangkan ilmu serta pendidikan:
  • Ungku Aziz merupakan individu penting di sebalik kelahiran Journal of Commonwealth and Political Studies.
  • Beliau pernah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarang Journal of Commonwealth and Political Studies pada 1961.
  • Ungku Aziz membawa pembaharuan ideologi kepada Universiti Malaya dalam pelbagai bidang termasuk sains sosial dan kemanusian.
  • Sementara itu, menerusi penyelidikan, beliau juga mendedahkan beberapa penemuan yang diangkat sebagai rujukan utama kepada para cendekiawan baharu:
  • Ungku Aziz berusaha mencari jalan menamatkan bentuk penganiayaan dan pengabaian yang memberi kesan buruk kepada taraf ekonomi orang Melayu dan Islam.
  • Beliau mewujudkan formula Indeks Sarong sebagai cara mengukur tahap kemiskinan dan mengadakan teori pengabaian sebagai punca kemiskinan luar bandar.
  • Kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) hari ini adalah justifikasi kenyataan Ungku Aziz bahawa DEB membantu orang Melayu untuk terus bersaing dan yakin untuk membina pencapaian mereka.
  • BACA: Mengenang Ungku Aziz: Isu kemiskinan Melayu dan 4 perkara bentuk sikap
    BACA: Mengenang Ungku Aziz: Bahasa, penulisan dan pendidikan jadi aset bangsa
    BACA: Di sebalik insan bernama Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz
    BACA: Mengenang Ungku Aziz: Perjuangan, Melayu dan Islam sejati
    BACA: PM, kerajaan zahir ucapan takziah
    #Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid #Journal of Commonwealth and Political Studies #Dasar Ekonomi Baru #cendekiawan ulung
    ;