Mengenang Ungku Aziz: Figura penting penubuhan Tabung Haji

Hilmi Malik
Disember 16, 2020 09:31 MYT
Ungku Aziz dikenali menerusi idea penubuhan Lembaga Tabung Haji (TH) ketika menulis kertas kerja bertajuk 'Rancangan Membaiki Keadaan Ekonomi Bakal-bakal Haji' kepada kerajaan pada 30 September 1959. - Bernama
KUALA LUMPUR: Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid menjadi individu penting di sebalik penubuhan Lembaga Tabung Haji (TH).
Penubuhan itu adalah menerusi 'Rancangan Membaiki Keadaan Ekonomi Bakal-bakal Haji' kepada kerajaan pada 1959.
Berikut adalah beberapa fakta ringkas berkaitan penglibatan Ungku Aziz dalam tertubuhnya badan berkanun tersebut:
  • Inisiatif ini sebagai persediaan tabung simpanan khsusus buat kesemua jemaah yang bakal mengerjakan ibadah haji.
  • Melakar sejarah apabila kaunter tabungan dibuka mulai 30 September 1963 dengan tabungan berjumlah RM45,610 daripada 1,281 orang penyimpan.
  • Turut beri pembahagian keuntungan yang bukan berunsurkan pembayaran bunga seperti riba kepada penyimpan.
  • Kejayaan konsep Tabung Haji secara tidak langsung membawa kepada hasil rohaniah dan material:
  • Bertitik tolak daripada idea asal yang bertujuan membantu jemaah menunaikan ibadah haji itu secara tidak langsung dapat membantu pembangunan ekonomi negara.
  • BACA: Mengenang Ungku Aziz: Pencetus visi pemikiran relevan merentas zaman
    BACA: Mengenang Ungku Aziz: Isu kemiskinan Melayu dan 4 perkara bentuk sikap
    BACA: Mengenang Ungku Aziz: Bahasa, penulisan dan pendidikan jadi aset bangsa
    BACA: Di sebalik insan bernama Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz
    BACA: Mengenang Ungku Aziz: Perjuangan, Melayu dan Islam sejati
    #Tabung Haji #Profesor Diraja #Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid #Ungku Aziz #sumbangan #jasa bakti #jemaah haji