Mengenang Tun Rahah: Raja Permaisuri Agong berkenan beri penghormatan terakhir
Fareez Azman, Ridauddin Daud
Disember 18, 2020 20:47 MYT
Disember 18, 2020 20:47 MYT
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat memberikan penghormatan terakhir buat Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah di kediamannya di Jalan Eaton di sini pada Jumaat.
Baginda tiba kira-kira jam 8.43 malam dan terus masuk ke kediaman tersebut untuk bertemu dengan keluarga Allahyarham.
Anggota polis dilihat mengawal rapi kediaman Allahyarham dan hanya kenderaan pemimpin negara dibenarkan berhenti berhampiran rumahnya.
Beberapa petugas media juga bersedia di luar pagar rumah dan jumlah semakin bertambah berbanding petang tadi.
Tun Rahah meninggal dunia sekitar jam 4.45 petang, Jumaat (18 Disember) di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara.
#Raja Permaisuri Agong
#penghormatan terakhir
#Jalan Eaton
#Tun Rahah Mohamed Noah
#Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah