Mengenang Tun Rahah: Allahyarham pemimpin dihormati, beri sumbangan besar kepada pembangunan wanita

Fareez Azman, Ridauddin Daud
Disember 18, 2020 21:35 MYT
KUALA LUMPUR: Pemergian Allahyarham Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah menyaksikan kehilangan seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada negara.
Itu jelas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang turut menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya di Jalan Eton, disini pada Jumaat.
Ujarnya, sosok yang melahirkan seorang Perdana Menteri dan juga isteri kepada Bekas Perdana Menteri kedua itu amat dihormati terutama dalam membawa isu pemerkasaan wanita.
“Tun Rahah adalah seorang pemimpin wanita yang memang dihormati.
“Beliau bukan sahaja isteri kepada Perdana Menteri, beliau juga seorang yang rajin memperkasakan memberi kesedaran kepada wanita untuk bangkit,” katanya.
BACA: Tun Rahah meninggal dunia
Malah bakti dan jasa Allahyarham Tun Rahah meninggalkan impak besar kepada pembangunan negara.
“Beliau banyak memberikan bakti dan jasa kepada pembangunan negara.
“Ini satu kehilangan besar buat negara dan seorang tokoh yang dihormati. “ katanya ketika ditemui media sebentar tadi.
Tun Rahah meninggal dunia sekitar jam 4.45 petang, Jumaat (18 Disember) di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara.

Astro AWANI sedang mengikuti perkembangan terkini pemergian Allahyarham Tun Rahah di saluran 501, Live TV di platform digital dan semua platform media sosial Astro AWANI.
#Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah #Tun Abdul Razak Hussein #Menteri Pengangkutan #Wee Ka Siong #Jalan Eaton #Mengenang Tun Rahah #pemerkasaan wanita
;