Mengenang Siti Sarah: Ahli keluarga, sahabat handai beri penghormatan terakhir
Astro Awani
Ogos 9, 2021 13:20 MYT
Ogos 9, 2021 13:20 MYT
KUALA LUMPUR: Industri seni negara Malaysia menangisi pemergian sebutir permata hari ini.
Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak dipenuhi ahli keluarga dan sahabat handai yang ingin memberi penghormatan kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
Turut dilihat wakil-wakil media yang hadir bagi membuat liputan perjalanan terakhir permata seni negara itu.
Pihak polis turut berkawal di kawasan tanah perkuburan itu bagi memastikan individu yang berada di situ mematuhi penjarakan fizikal dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]