Mengenang Samy Vellu: Bendera MIC dikibar separuh tiang

Umavathi Ramayah
September 16, 2022 15:29 MYT
Bendera parti MIC akan dikibarkan separuh tiang bagi menghormati pemergian bekas Presidennya mendiang Tun S Samy Vellu yang meninggal dunia semalam. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bendera parti MIC akan dikibarkan separuh tiang bagi menghormati pemergian bekas Presidennya mendiang Tun S Samy Vellu yang meninggal dunia semalam.
Menurut jurucakap parti itu, jasad mendiang juga akan dibawa untuk ‘singgah’ seketika di Ibu Pejabat MIC di Jalan Rahmat, Kuala Lumpur sebelum dibawa ke krematorium Jalan Kuari, Cheras petang ini.
Mendiang merupakan presiden paling lama yang berkhidmat dengan MIC, kira-kira 32 tahun.
Samy Vellu, juga antara menteri Kabinet paling lama berkhidmat iaitu selama 25 tahun dan mula mengganggotai barisan jemaah Kabinet pada tahun 1978 sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Arkitek bertauliah itu kemudian dilantik sebagai Menteri Kerja Raya yang dipegangnya paling lama iaitu dari tahun 1979 sehingga 1989, dan kembali ke kementerian itu pada 1995 hingga 2008.
Belasungkawa | Perjalanan akhir negarawan Tun Samy Vellu
#Mengenang Samy Vellu #Samy Vellu meninggal dunia #MIC #separuh tiang
;