Mengekalkan keseimbangan kandungan air penting untuk kesihatan

Bernama
Januari 5, 2024 07:45 MYT
Dr Felix mencadangkan supaya penglibatan dalam aktiviti sukan ditingkatkan, bagi mengukuhkan sistem imun, kerana imuniti yang rendah boleh menyebabkan penyakit kulit seperti ekzema. - Gambar hiasan/Pexels
KUALA LUMPUR: Dalam menampilkan gaya hidup yang sihat, adalah penting untuk mengekalkan keseimbangan kandungan air yang betul dalam kulit, bagi mengelak kesan buruk terhadap kesihatan, kata pakar dermatologi Sunway City, Pusat Perubatan Sunway (SMC), Dr Felix Yap Boon Bin.
Beliau berkata, rehat yang mencukupi dan berkualiti boleh membantu dalam melindungi kulit, justeru tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setiap hari sebelum tengah malam amat disyorkan.
Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya penglibatan dalam aktiviti sukan ditingkatkan, bagi mengukuhkan sistem imun, kerana imuniti yang rendah boleh menyebabkan penyakit kulit seperti ekzema.
"Lapisan pelindung dalam kulit kita akan menjadi semakin nipis kerana kandungan air dalam kulit akan berkurangan apabila usia semakin meningkat dan kecekapannya untuk memerangkap air juga akan menjadi semakin rendah apabila kita mencapai umur 40 hingga 50 tahun.
"Oleh itu, jangan ambil mudah mengenai penjagaan kulit, jagalah kulit anda sejak dari kecil bagi mengelak kulit bermasalah pada masa hadapan. Gunakan pelembap sebelum tidur, terutama di bilik berhawa dingin dan sapukan pelindung matahari sebelum keluar rumah," katanya.
Dr Felix turut membetulkan anggapan silap orang ramai yang sering menyangka kononnya meminum banyak air sekali gus atau mengambil sayur-sayuran dengan kerap boleh mengekalkan kelembapan kulit.
"Kekurangan air dalam badan sudah tentu menjejaskan kualiti kulit, tetapi meminum banyak air pada satu masa tidak membantu kulit kekal lembap dan pengambilan banyak sayur-sayuran tidak semestinya membantu melembapkan kulit. Ia memerlukan diet seimbang yang merangkumi pelbagai khasiat dan bukan hanya sayur-sayuran," katanya.
Selain itu, Dr Felix berkata, kulit kering juga boleh disebabkan oleh faktor genetik, contohnya sesetengah individu dilahirkan tanpa lapisan kulit pelindung, yang menyebabkan kulit mereka mudah dinyahhidratkan.
"Selain itu, pemilihan produk yang tidak betul juga boleh menyebabkan kulit kering, contohnya kerap menggunakan lulur badan atau sabun dengan tahap pH yang lebih tinggi (pH melebihi 7) atau berada di dalam bilik berhawa dingin dan di bawah matahari untuk tempoh yang lama. tempoh," katanya.
Untuk mengelakkan dehidrasi kulit, Dr. Felix menyarankan pengguna untuk mengenal pasti jenis kulit mereka sebelum memilih produk yang sesuai untuk kegunaan jangka panjang bagi membantu mengekalkan kulit yang sihat.
Bagi mengelak dehidrasi kulit, Dr Felix mencadangkan pengguna supaya mengenal pasti jenis kulit mereka sebelum memilih prosuk yang sesuai untuk penggunaan jangka masa panjang, bagi membantu untuk mengekalkan kulit yang sihat. - BERNAMA
#diet #tahap pH #penyakit kulit #kesan buruk
;