Tumpuan Awani 745 membincangkan antara faktor menyumbang adalah kekurangan akses kepada pendidikan berkualiti dan guru berkaliber khususnya di kawasan luar bandar.
Antara panel diskusi termasuk guru pedalaman di SK Bukit Mawang, Sebauh, Bintulu; Hamis Yuhairi Yusoff, Pensyarah Kanan UNIMAS; Dr Jeniri Amri yang mempunyai pengalaman lebih 11 tahun sebagai guru, pengetua dan nazir sekolah-sekolah di seluruh Sarawak dan juga Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan.