Mengapa banyak hal ehwal Islam dipertikai?

Sinar Harian
November 17, 2018 05:00 MYT
MUSA: Mengapa kebelakangan ini bukan Islam banyak mempertikaikan perkara yang bersangkutan dengan hal ehwal Islam dan cara hidup orang Islam? -Gambar fail
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mempersoalkan tindakan pihak yang mempertikaikan hal ehwal agama Islam sejak kebelakangan ini.
Melalui catatan di Twitternya, Musa berkata hal ehwal dan cara hidup Islam kian sering dipertikaikan.
"Mengapa kebelakangan ini bukan Islam banyak mempertikaikan perkara yang bersangkutan dengan hal ehwal Islam dan cara hidup orang Islam?
"Adakah peraturan mereka sejagat yang mana tidak perlu hormati cara hidup orang lain?" tanyanya.

Mengapa kebelakangan ini bukan Islam banyak mempertikaikan perkara yg bersangkutan dengan hal ehwal Islam dan cara hidup org Islam. Adakah peraturan mereka sejagat yg mana tak perlu hormati cara hidup org lain? Adakah umat Islam begitu lemah terpaksa berkompromi?

— Musa Hassan (@TSMusaHassan) November 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah beliau turut bertanya sama ada orang Islam begitu lemah hingga terpaksa berkompromi.
Persoalan ini ditimbulkan dipercayai susulan isu khatan wanita yang menjadi perdebatan sejak kebelakangan ini hingga ada yang mendesak agar amalan itu dilabel sebagai jenayah.
#cara hidup Islam #hal ehwal agama islam #Ketua Polis Negara #khatan wanita #Musa Hassan
;