Seorang wanita warganegara Thailand gagal menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku apabila mendakwa dirinya rakyat Malaysia ketika ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang dalam operasi di Plaza Tol Juru, Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara, malam tadi.
Wanita berusia 21 tahun itu juga gagal mengingati nombor kad pengenalan sendiri dengan mendakwa kad berkenaan disimpan oleh ibunya.
Pengarah Imigresen Pulau Pinang Mohamad, Husni Mahmud berkata, wanita itu tetap berkeras dia warganegara Malaysia termasuk mendakwa bersekolah dan tinggal di Alma, Bukit Mertajam sekalipun tidak mempunyai sebarang dokumen untuk menyokong dakwaannya itu.
Selepas gagal memberi bukti, akhirnya wanita berkenaan mengakui tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan hanya mempunyai sijil kelahiran dari negara asalnya, Thailand.
Menurut Husni, wanita itu pada mulanya ditahan pihak JPJ bersama teman lelaki warga tempatan berusia 20-an dalam operasi tersebut kerana nombor pendaftaraan kereta Honda dinaiki mereka tidak mematuhi spesifikasi.
Ketika diminta menyerahkan kad pengenalan, dia gagal untuk berbuat demikian.
Mohamad Husni berkata, selain wanita itu, pihaknya turut menahan enam lelaki dan seorang wanita warga asing berusia 25 hingga 40 tahun dalam operasi tersebut kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri.
Katanya kesemua mereka terdiri daripada tiga lelaki Myanmar, dua lelaki India dan masing-masing seorang wanita Thailand dan Indonesia itu dihantar ke Depoh Tahanan Juru untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Operasi Khas Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang Bersama Pelbagai Agensi Penguatkuasa, malam Selasa.
Sementara itu, Pengarah JPJ Pulau Pinang Mohamat Johari Mat Nor berkata, dalam operasi bermula pukul 8 malam hingga 12 tengah malam itu, pihaknya telah memeriksa 362 buah kenderaan dan sebanyak 92 daripadanya di ambil tindakan membabitkan 152 saman pelbagai kesalahan.
Beliau berkata, saman-saman yang dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh,tiada lesen kenderaan, ubah suai kenderaan, lebih muatan dan tiada insuran.
"Operasi membabitkan 231 pegawai dan anggota JPJ bersama polis, imigresen, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Plus itu bertujuan mempertingkatkan perception of being cought di kalangan pengguna jalan raya serta mengambil tindakan tegas ke atas pemandu yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya," katanya.
Mahamat Johari berkata, dalam operasi itu juga, pihak polis telah memeriksa 28 kenderaan dan mengeluarkan empat saman manakala JAS pula membuat pemeriksaan ke atas 24 kenderaan sebelum mengeluarkan tiga saman.
Astro Awani
Wed Nov 20 2019
Wanita warga Thailand (kiri) yang ditahan pihak berkuasa dibawa ke Depoh Tahanan Juru untuk siasatan lanjut. - Gambar Astro AWANI
Temui karakter kandungan Astro di Home of Kids
Orang ramai dijemput hadir ke Home of Kids yang berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Disember dari jam 10.30 pagi hingga 9 malam di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall, Putrajaya.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique
Wisma Putra memaklumkan, tiada rakyat Malaysia di Mozambique terjejas akibat pergolakan yang berterusan yang kebanyakannya memberi kesan di kawasan bandar, termasuk ibu negara Maputo.
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
Seorang pegawai pengurus gudang borong dan runcit sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memindahkan barang kawalan iaitu minyak masak berjumlah 2.41 tan dan gula pasir kasar berjumlah 480 kilogram pada 14 Januari lepas.
AWANI Ringkas: Dua beranak maut, empat cedera kemalangan di WCE
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya
Mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit
Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema Aceh Thanks The World sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
'Jual tanah, rumah biaya kos guaman RM1.3 juta' - Keluarga penyanyi wanita ditahan di Thailand
Mereka tidak mampu membayar jumlah diminta peguam di Thailand yang dikatakan ingin menawarkan khidmat guaman kepada penyanyi wanita terbabit.
Kes ganja: Reman pelawak dilanjut empat hari, rujuk pejabat pendakwaan
Lanjutan sehingga Sabtu itu dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting.
Sokong, jangan hakimi mereka yang pulih daripada ketagihan, penyalahgunaan dadah - KP AADK
Ini bagi memastikan mereka tidak kembali terjerumus ke dalam kancah penagihan dan penyalahgunaan dadah.
Republik Dominika rampas 9.5 tan dadah, terbesar dalam sejarah
Pihak berkuasa Republik Dominika berjaya merampas 9.5 tan dadah jenis kokain, yang merupakan terbesar dalam sejarah negara itu dengan nilai anggaran mencecah AS$250 juta (RM1.11 bilion).
Rasuah berkait projek RM250 juta: Datuk, penjawat awam direman empat hari
Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 5.30 pagi pada Khamis ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sarawak.
Yusoff Rawther mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan edar kanabis
Muhammed Yusoff membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan hakim ketika kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.
Ahli perniagaan Malaysia, dua warga Iran bebas pertuduhan edar dadah
Seorang ahli perniagaan Malaysia dan dua warga Iran terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini membebaskan mereka daripada pertuduhan mengedar 48.6 kilogram dadah jenis metamfetamina.
60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.