Mendiang Tun Dr. Lim dijangka dibakar hari ini
Astro Awani
Disember 26, 2012 08:51 MYT
Disember 26, 2012 08:51 MYT
Mayat bekas presiden Gerakan Tun Dr. Lim Keng Yaik dijangka akan dibakar di krematorium cheras, pagi ini.
Ia akan disempurnakan selepas mendiang diberi penghormatan negara.
Keng Yaik yang pernah menyandang beberapa jawatan menteri kabinet selama 22 tahun, menghembuskan nafas terakhir di sisi anggota keluarga di bilik tidurnya sekitar jam 5.13 petang Sabtu, pada usia 73 tahun.
Pada selasa, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mencemar duli bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.
Sebelum itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menziarahi mayat mendiang di kediamannya dekat Petaling Jaya.