Mendiang Mutang dikebumikan di Miri Isnin ini

Bernama
Mei 10, 2024 20:30 MYT
Yang Dipertua Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia hari ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sidang Injil Borneo (SIB) Lambir di bandar raya Miri, Sarawak, pada Isnin (13 Mei) ini. - Foto ihsan Pejabat YDP Dewan Negara
KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia hari ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sidang Injil Borneo (SIB) Lambir di bandar raya Miri, Sarawak, pada Isnin (13 Mei) ini.
Menurut kenyataan dari pejabat Yang Dipertua Dewan Negara, majlis penghormatan terakhir buat mendiang Mutang akan diadakan di Nirvana 2, Jalan Dewan Bahasa Kuala Lumpur esok dari pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang.
Kenyataan itu juga menyatakan satu lagi majlis penghormatan terakhir akan diadakan di Gereja Borneo Evangelical Mission (BEM) di Miri bermula jam 10.00 pagi pada Ahad sebelum dibawa ke Perkuburan SIB Lambir keesokan harinya untuk dikebumikan.
-- BERNAMA
#Yang Dipertua Dewan Negara #Mutang Tagal #kebumi #Miri
;