Menara Bukit Aman terbakar

Astro Awani
Julai 29, 2015 23:46 MYT
Kebakaran di Menara 2 Bukit Aman - Foto Twitter
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta semua pihak menghentikan khabar angin yang mengaitkan kebakaran di Menara Bukit Aman lama dengan isu semasa.
Menerusi laman Twitternya, beliau memaklumkan hanya dokumen tidak penting yang berada di koridor tingkat 10 yang terbakar.
Tingkat 10 adalah pejabat tadbir Jabatan Siasatan Jenayah.
Kecoh di media sosial yang mengaitkan kononnya kebakaran terbabit adalah sebahagian usaha pihak berkuasa untuk menghapuskan bukti membabitkan siasatan tertentu termasuk isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam kejadian petang Rabu, menara yang menempatkan pejabat pentadbiran D1 Jabatan Siasatan Jenayah, terbakar kira-kira jam 6.20 petang.
Api bagaimanapun berjaya dipadamkan pada jam 7.47 malam.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian sedang disiasat.

@NazihaHamed@PDRMsia Di ulangi, tiada dokumen s'satan yg terlibat dlm kebakaran ini. Cuma dokumen lama t/penting yg musnah. Jgn speculate.

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) July 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Saya sahkan kebakaran di Ting 10 Menara 2 @PDRMsia Bkt Aman. Api telah berjaya dipadamkan dan tiada kemalangan jiwa. Punca sdg disiasat.

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) July 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Hanya dokumen tidak penting di koridor Ting 10 @PDRMsia yg terbakar. Bhg pej selamat. Ting 10 adalah pej tadbir JSJ. Hentikan khabar angin.

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) July 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bukit Aman terbakar? Habis la. https://t.co/DOrV6BpeVY

— Eggsy (@KH41RUL4NU4R) July 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menara B, Bukit Aman terbakar. Hm lepas satu satu. Selamatkn lh M'sia pic.twitter.com/DMxH8yZJO0

— Ceira (@SyahierahRarala) July 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I thought I saw smoke coming out from old Bukit Aman building. Is everything OK? @KBAB51 @PDRMsia pic.twitter.com/aFeWy2MPkh

— LIM LIP ENG (@limlipeng) July 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#BukitAman pic.twitter.com/UeZDgTWl2a

— FAB (@fitryabubakar2) July 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sumber Instagram Anding Indrawani
Pelakon Anding Indrawani yang berada di sekitar Panggung Bandaraya sempat merakamkan kejadian tersebut.
Sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba Hang Tuan dan Balai Bomba Titiwangsa dikejarkan ke tempat kejadian.
#Bukit Aman #PDRM
;