Menantu lelaki Noh Omar positif COVID-19

Astro Awani
Januari 18, 2021 04:20 MYT
Noh Omar memaklumkan beliau sekeluarga telah menjalani ujian saringan COVID-19 pagi ini. - Foto Facebook/Noh Omar
KUALA LUMPUR: Menantu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dilaporkan positif COVID-19.
Ahli Parlimen Tanjung Karang itu memaklumkan perkara tersebut menerusi kemas kini di laman Facebook, sebentar tadi
Katanya, menantu lelakinya itu tinggal bersama dengan beliau sekeluarga.
"Tanpa diduga menantu saya, Hisham (disahkan) positif COVID-19.
“Pagi ini saya sekeluarga telah menjalani ujian COVID-19. Mohon sahabat-sahabat dapat mendoakan keputusan kami sekeluarga negatif dan dipermudahkan dalam semua urusan,” tulisnya dalam kemas kini tersebut, hari ini.
#COVID-19 #Noh Omar #positif #ujian saringan #hisham #Tanjung Karang #UMNO