Memperingati 22 Julai, Merdekanya Sarawak!

Astro Awani
Julai 22, 2021 18:41 MYT
Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak baharu mercutanda yang yang menjadi lokasi Sambutan Perayaan Hari Sarawak 2021. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tanggal 22 Julai 1963, terpahat dalam sejarah Bumi Kenyalang, tarikh yang menandakan berakhirnya penjajahan di Sarawak.
Pada tarikh keramat itu, 58 tahun lalu, penjajah British menyerahkan pentadbiran Sarawak kepada anak watan, maka secara rasminya Sarawak mula ditadbir rakyat negeri itu sendiri.
Bagi memperingati hari kemenangan Sarawak itu, malam ini berlangsung "Sambutan Perayaan Hari Sarawak 2021" yang bersiaran dari bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak secara maya.
Cerita Sebalik Berita: Hari Sarawak 2021| Apa kelainannya untuk tahun ini?
Mengambil kira situasi pandemik COVID-19, sambutan akan diadakan dengan skala kecil dengan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang menetapkan hanya100 jemputan sahaja.
Bertemakan "Sarawak Gemilang Untuk Semua", jemputan terdiri daripada golongan kenamaan dan individu-individu yang membawa semangat perpaduan rakyat negeri itu.
Antara yang bakal jadi perhatian, tayangan video, Aspirasi Sarawakku Sayang.
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib selain Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isterinya, Datuk Amar Jumaani Tuanku Bujang hadir selaku tetamu kehormat.
Astro AWANI akan mengadakan penstriman langsung upacara istimewa ini di Live TV (aplikasi astroawani.com) dan platform Facebook kami mulai jam 8 malam ini.
Sambutan akan disiarkan secara langsung menerusi TVS di saluran 122 Astro selain platform digital dan media sosial UKAS bermula dari jam 8 malam ini.
#Hari Sarawak #Sarawak #Abdul Taib Mahmud #Ketua Menteri #Abang Joahri #COVID-19 #SOP #video #perpaduan #Sarawakku Sayang
;