KOTA KINABALU: Memorandum Jemaah Menteri mengenai tuntutan Sabah dan Sarawak terutamanya melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadual dibentangkan pada awal bulan depan (Januari), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.
Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Dis lepas memberikan tempoh sebulan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan beliau sendiri untuk mendapatkan ulasan serta maklum balas tentang perkara itu daripada semua pihak berkenaan.
Beliau berkata pihaknya kini sedang mendapatkan maklum balas antaranya daripada Kerajaan Sabah dan Sarawak, serta kementerian dan agensi kerajaan sebelum sebuah memorandum disediakan serta dibentangkan kepada Jemaah Menteri.
"Ini antara lain dapat memastikan tuntutan dan permohonan dikemukakan kedua-dua kerajaan dapat disusun Kerajaan Persekutuan...sudah ada perkara (tuntutan) yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan kita perlu laksanakan sepenuhnya.
Pada masa sama asas (tuntutan) kita juga berdasarkan MA63 sendiri dan IGC (Jawatankuasa Antara Kerajaan)," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini.
Armizan, yang juga Ahli Parlimen Papar berkata setakat ini antara ulasan dan maklum balas yang paling utama adalah berkaitan hal ehwal kewangan dan ekonomi, selain pengembalian 40 peratus hasil Sabah yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri ini.
Ia memberikan tambahan hasil kepada Sabah serta Sarawak dan selain peruntukan pembangunan kedua-dua kerajaan memerlukan dana tambahan yang boleh dipantau sendiri juga keperluan peruntukan besar bagi pembangunan infrastruktur, katanya.
Beliau berkata pelaksanaan tuntutan Sabah dan Sarawak itu memerlukan kerjasama semua kementerian kerana melibatkan perkara dalam bidang kuasa kementerian masing-masing antaranya ekonomi, perundangan, pertanian dan sumber manusia.
"Perkara yang dituntut itu merentasi pelbagai kementerian dan tanggungjawab saya untuk menyelaras bagi memastikan ia (tuntutan) dilaksana dengan sempurna...biarlah menteri berkaitan umumkan secara spesifik perkara dipersetujui kementerian masing-masing," katanya.
Armizan berkata semua manifesto parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sama ada parti kerajaan mahupun pembangkang, menunjukkan komitmen tinggi untuk melaksanakan perkara termaktub dalam MA63.
"Sekarang bukan hanya kita ada permintaan rasmi kerajaan negeri dan IGC, kita ada manifesto parti ini untuk mengingatkan kepada semua parti inilah masa semua parti menyokong usaha kita melaksanakan prinsip dan semangat MA63," katanya.
Beliau berkata MA63 bukan hanya milik rakyat Sabah dan Sarawak, sebaliknya ia adalah milik semua rakyat Malaysia bagi membolehkan semua rakyat maju bersama memacu negara di bawah naungan Persekutuan dinamakan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022
Beliau berkata MA63 bukan hanya milik rakyat Sabah dan Sarawak, sebaliknya ia adalah milik semua rakyat Malaysia bagi membolehkan semua rakyat maju bersama memacu negara. - Foto Bernama
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerajaan perkenal semula zon khas jual barangan tanpa subsidi di kawasan sempadan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata langkah itu bertujuan mengurangkan penyeludupan barangan bersubsidi ke negara jiran.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Idrus Harun Pengerusi MyCC baharu
Tan Sri ldrus Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 25 Nov.
Rampasan seleweng barang kawalan diesel cecah RM47 juta - Armizan
Sebanyak 2,206 kes berkaitan salah guna barang kawalan diesel dicatatkan sejak Januari 2022 hingga Oktober lalu.
KPDN laksana Ops Kesan 3.0 bermula hari ini sejajar pelaksanaan SSPA
KPDN) melaksanakan Ops Kesan 3.0 bermula hari ini, sejajar dengan pelaksanaan pelarasan gaji penjawat awam melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan dalam Op Tiris 3.0 - Armizan
Sebanyak RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan menerusi Op Tiris 3.0 yang dilaksanakan bermula 1 Jan hingga 22 Nov lepas.
KPDN lantik lebih 2,000 peruncit, pemborong untuk pastikan bekalan hadapi MTL
Langkah itu antara pelan kontingensi banjir bagi memastikan bekalan keperluan mencukupi, mudah diperoleh serta dijual pada harga ditetapkan.
Sindiket minyak masak subsidi tumpas, 15 ditahan di Selangor
Sejumlah 14,340 kg minyak masak bersubsidi disita, ditemui tersimpan dalam tangki Intermediate Bulk Container.
Naikkan harga makanan 5 peratus, KPDN panggil Persatuan Usahawan India Muslim Johor esok
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata,pihaknya sudah mengeluarkan notis dibawah Seksyen 21 (2) Akta Kawalan Harga dan Antipercatutan 2011(AKHAP 2011) kepada persatuan itu.