Melaka: Kekal dua kerusi exco MCA

Astro Awani
Mei 13, 2013 19:40 MYT
Kerajaan negeri Melaka tidak mengubah kuota pelantikan barisan exco kerajaan negeri yang bakal diumumkan pada Selasa selepas mendapat perkenan yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob.
Walaupun MCA pusat membuat keputusan tidak menerima sebarang jawatan kabinet atau kerajaan negeri, Ketua Menteri Datuk Idris Haron berpendirian, perlunya ada wakil MCA sebagai wakil komuniti Cina.
Barisan exco negeri Melaka sebelum ini memperuntukkan dua kerusi untuk MCA dan satu bagi MIC.
“Kita berpandangan dalam satu sudut bahawa negara negeri ini adalah terbina daripada kepelbagaian termasuk kaum dan kita percaya setiap kaum perlu diwakili samada di peringkat kerajaan di peringkat bukan kerajaan dan diperingkat swasta.”
“Bila mengambil kira komponen masyarakat yang secara dasar membina sebuah negeri dan negara itu kita membina dengar suara mereka, kalau tidak ada wakil dari mana kita hendak dengar suara itu."
Komuniti Cina mengisi 30 peratus komposisi kaum di negeri itu.
#Cina #idris haron #MCA #Melaka
;