Melabur dengan bijak, fahami risiko pelaburan

Eton Khir
Ogos 23, 2022 13:07 MYT
Tidak kira anda pelabur pasif atau pun aktif, pengetahuan tentang risiko pelaburan adalah kunci utama sebelum membuat keputusan menanam modal dalam sesuatu kelas aset. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Setiap pelaburan dalam unit amanah hadir dengan risiko dan pelabur yang bijak adalah mereka yang mampu menilai tahap risiko mereka dengan baik sebelum menyusun strategi pelaburan.
Tidak kira anda pelabur pasif atau pun aktif, pengetahuan tentang risiko pelaburan adalah kunci utama sebelum membuat keputusan menanam modal dalam sesuatu kelas aset. Antara kelas aset yang terdapat dalam pelaburan adalah ekuiti, sukuk atau pendapatan tetap, pasaran wang dan sebagainya.
Unit amanah adalah salah satu daripada pelbagai bentuk pelaburan yang lazimnya menjadi pilihan para pelabur. Namun begitu, pilihan pelaburan yang dilakukan bergantung kepada usia seseorang pelabur, matlamat pelaburan, tahap risiko yang berani diambil, pulangan yang ingin dicapai dan tempoh pelaburan untuk mencapai matlamat tersebut.
1. Mengapa anda perlu melabur di samping menyimpan?
Simpanan biasanya bertujuan untuk memastikan anda mempunyai wang yang mencukupi apabila anda berada dalam situasi kecemasan contohnya kerosakan enjin atau brek kereta, atap rumah bocor, kehilangan mata pendapatan secara tiba-tiba dan sebagainya.
Pelaburan pula mewujudkan ruang dan peluang untuk anda meningkatkan potensi jumlah wang yang anda miliki serta untuk mencapai matlamat yang anda tetapkan, contohnya untuk membiayai kos pembelajaran anak-anak, mengerjakan haji, atau dapat bersara dengan selesa di usia tua nanti.
Menyimpan wang dalam bentuk akaun simpanan tidak membolehkan anda meningkatkan potensi jumlah wang untuk bertambah. Contohnya, jika anda masukkan RM5,000, maka wang anda akan kekal RM5,000 sahaja. Sebaliknya, jika anda melabur, anda berpeluang untuk menjana lebih banyak wang bergantung kepada tahap risiko pelaburan yang anda mampu ambil.
Selain daripada itu, kelebihan melabur dalam unit amanah adalah ia dapat membantu anda menangani perubahan inflasi dan pada masa sama memastikan kuasa membeli anda kekal kukuh.
2. Ini adalah tiga tips jika anda mahu melabur
Lebih awal anda melabur awal, maka lebih tinggi potensi keuntungan pelaburan anda. Ini kerana wang yang anda laburkan mempunyai tempoh masa yang lebih lama untuk menjana keuntungan hasil daripada kesan kompaun. Bak kata pepatah Melayu, “Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.” Tidak kira berapa jumlah pelaburan anda, yang penting anda melaburlah seawall mungkin agar dapat menikmati pulangannya di masa hadapan. Laburlah secepat yang mungkin
• Kekalkan pelaburan anda untuk jangka masa panjang
Pelaburan berkualiti adalah pelaburan yang konsisten dan bersifat jangka masa panjang. Melalui cara ini anda akan menerima pulangan hasil daripada kompaun terkumpul atau “compounding returns”. Bergantung kepada jenis aset kelas yang anda pilih, nilai pelaburan anda boleh meningkat secara pantas atau perlahan. Tetapkan matlamat pelaburan anda sama ada untuk tiga tahun, lima tahun, 10 tahun dan sebagainya.
Formulanya mudah. Jika anda tidak mengeluarkan pulangan pelaburan anda, ia akan dilaburkan semula dan pada akhirnya jumlah pulangan anda terima akan jauh lebih tinggi. Jadi melaburkah untuk jangka masa panjang.
Pelbagaikan pelaburan anda untuk mengurus risiko
Bayangkan jika anda meletakkan sebilangan telur dalam satu bekas, apakah risiko yang wujud? Risikonya adalah, jika bekas itu jatuh, kesemua telur yang ada di dalam bekas tersebut akan pecah. Justeru itu, anda perlu meletakkan ia dalam beberapa bekas yang berbeza. Begitu juga dengan pelaburan. Jika anda mempelbagaikan bentukpelaburan anda, risiko kerugian adalah rendah dan kerugian tersebut dapat dikurangkan melalui pelaburan yang dipelbagaikan sebelum ini. Contohnya, jika anda sudah melabur dalam saham (dana dagangan Bursa Malaysia), maka kurangkan risiko pelaburan anda dengan melabur dalam unit amanah. Atau jika anda sudah melabur dalam deposit tetap di bank, maka pelbagaikan bentuk pelaburan anda dengan unit amanah. Mudah kan?
3. Bilakah waktu sesuai untuk melabur?
Anda sudah bersedia untuk melabur apabila anda :
Selain daripada wang tunai, anda juga boleh mula melabur bila-bila masa menggunakan kaedah yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui platform i-Invest. Dengan kaedah ini, anda boleh menggunakan simpanan akaun 1 KWSP anda untuk melabur dalam unit amanah sekaligus membolehkan anda meningkatkan simpanan persaraan anda.
Sudah bersedia untuk melabur? Sila layari laman web Principal untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut di https://www.principal.com.my/en/epfiinvest.
4. Ketahui keselesaan tahap risiko anda
Kaji atau selidik tahap keselesaan risiko anda. Ada 5 tahap keselesaan risiko yang perlu anda fahami.
Untuk mengetahui tentang tahap keselesaan risiko serta kuiz pendek yang boleh anda jawap, sila klik di link Investor Profile | Principal Asset Management. Principal dapat membantu merungkai persoalan anda dan sekaligus membantu mengenal pasti tahap risiko yang anda mampu ambil dalam pelaburan.
5. Risiko sebagai seorang pengguna
• Risiko inflasi
Risiko inflasi adalah kenaikan harga yang berlaku bagi barangan serta perkhidmatan dalam satu tempoh masa tertentu. Inflasi akan memberi kesan terhadap kuasa beli aliran pendapatan anda. Secara asasnya, inflasi boleh menjejas kedudukan kewangan anda sekiranya anda tidak berusaha untuk menjana lebih banyak simpanan atau pendapatan.Bayangkan hari ini dengan RM100 anda boleh membeli 10 jenis barang dari kedai runcit. Dalam tempoh lima tahun lagi, RM100 anda mungkin hanya boleh membeli empat atau lima jenis barang runcit sahaja.
Risiko di usia tua
Dengan sistem penjagaan kesihatan dan perubata yang semakin baik, jangka hayat kita kini semakin panjang. Anggaran jangka hayat bagi warga emas lelaki adalah 72 tahun manakala wanita adalah 75 tahun. Justeru itu, bayangkan apabila anda mencecah usia bersara anda sama ada 55 tahun atau 60 tahun, dan anda masih mempunyai antara 20 hingga 25 tahun lagi untuk menikmati hidup ini.
Jika anda mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi, maka anda boleh meneruskan kehidupan tanpa perlu risau tentang perbelanjaan harian anda atau jika bil perubatan anda jika mengalami sebarang komplikasi penyakit. Sebaliknya jika anda tidak mempunyai wang simpanan persaraan yang mencukupi, anda mungkin terpaksa terus bekerja untuk menjana pendapatan. Maka untuk mengurangkan risiko di mana anda terpaksa bekerja selepas usia 55 atau 60 tahun, anda boleh pertimbangkan untuk melabur dalam unit amanah.
6. Adakah anda memerlukan khidmat perunding pelaburan?
Jika anda seorang yang mahir dalam selok belok pelaburan, maka anda boleh melabur secara sendiri. Namun jika anda tidak arif dalam pengetahuan pelaburan, maka anda boleh mendapatkan nasihat daripada perunding pelaburan yang berlesen yang berdaftar dengan Persekutuan Pengurus-pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) seperti di Principal.
Langkah pertama dalam memilih khidmat perunding pelaburan adalah jika ada cadangan daripada rakan atau ahli keluarga yang pernah menggunakan khidmat mereka. Namun anda juga boleh memulakan pertemuan dengan khidmat perunding unit amanah Principal untuk membincangkan keperluan kewangan dan sasaran anda.

Penafian: Maklumat dalam artikel ini telah diperoleh daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, namun, kami tidak mengesahkan atau menjamin ketepatan atau kesahihannya. Ia hanya mengandungi maklumat am berkenaan pelaburan dan tidak boleh dianggap sebagai muktamad. Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini tidak mengambil kira objektif pelaburan, keperluan tertentu atau situasi kewangan mana-mana pelabur. Pelabur harus mempertimbangkan sama ada sesuatu pelaburan itu sesuai dengan objektif pelaburan, keperluan dan situasi kewangan mereka sebelum membuat sebarang keputusan untuk melabur.

Data yang dikongsikan adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan bukan sebagai cadangan untuk membeli atau menjual sebarang sekuriti atau menggunakan sebarang strategi pelaburan. Artikel ini tidak bertujuan untuk digunakan sebagai ramalan, penyelidikan atau nasihat pelaburan mengenai pelaburan tertentu atau pasaran secara umum, dan juga tidak bertujuan untuk meramalkan atau menggambarkan prestasi sebarang pelaburan.
Semua pendapat dan anggaran dalam artikel ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Artikel ini tidak bertujuan untuk digunakan sebagai ramalan atau jaminan di masa hadapan atau nasihat pelaburan mengenai pelaburan tertentu atau pasaran secara amnya.
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar

#principal #Risiko pelaburan #pelaburan #simpanan
;