Mekanisme kurangkan kebergantungan pekerja asing akan diberi tumpuan - PM

Hilmi Malik
Mei 1, 2022 12:39 MYT
Kerajaan akan meneliti satu mekanisme bagi mengatasi isu kebergantungan terhadap pekerja asing di negara ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kerajaan akan meneliti satu mekanisme bagi mengatasi isu kebergantungan terhadap pekerja asing di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu dibuat agar rakyat tempatan mampu diberi keutamaan.
“Kementerian Sumber Manusia telah diminta supaya meneliti dan mengkaji aspek ini agar pekerja tempatan mendapat manfaat dengan menambah baik kadar gaji, pakej pekerjaan dan kemajuan kerjaya.
“Kerajaan juga telah melancarkan portal UPSkills Malaysia untuk pekerja meningkatkan kemahiran dan menjadikannya pusat rujukan tunggal yang menghimpunkan maklumat 6,143 penyedia latihan meliputi 35 bidang kemahiran,” katanya ketika berucap sempena sambutan Hari Pekerja 2022 pada Ahad.
Dalam pada itu, kerajaan juga, kata Ismail Sabri, sentiasa komited dan tegas dalam melindungi hak pekerja tempatan mahupun asing.
Justeru, Maklaysia, jelas beliau, telah meratifikasi Protokol 29 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sebagai bukti komitmen kerajaan untuk menghapuskan buruh paksa di negara ini.
Usaha itu juga, kata Perdana Menteri, dibuat bagi memastikan tiada sebarang sekatan dikenakan terhadap barangan dan produk Malaysia ke pasaran antarabangsa berikutan dakwaan menggunakan buruh paksa bagi proses pengeluaran.
#Kementerian Sumber Manusia #Perdana Menteri #ismail sabri yaakob #pekerja asing
;