Mekanik maut motosikal ditunggang langgar jengkaut
Sinar Harian
April 11, 2021 08:16 MYT
April 11, 2021 08:16 MYT
KUALA LUMPUR: Seorang mekanik maut apabila motosikal yang ditunggang telah melanggar sebuah jengkaut di kilometer 10.4 Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (DUKE) di sini pada Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner, Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian pada jam 7.22 malam itu, mangsa Mohd Azman Arifin, 45, menunggang motosikal Yamaha Y15 dari Shah Alam menghala ke Ukay Perdana telah melanggar belakang jengkaut di lorong kiri Lebuhraya DUKE.
"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu jengkaut tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Mayat telah dibawa ke Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) dah bedah siasat akan dibuat setelah keputusan ujian COVID-19 diperolehi," katanya melalui kenyataan pada Ahad.
Zulkefly memaklumkan Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita asal: Mekanik maut motosikal ditunggang langgar jengkaut
#kemalangan
#motosikal
#mekanik
#DUKE
#Lebuhraya Duta - Ulu Kelang
#Mohd Azman Arifin
#cedera parah di kepala
#jengkaut
#HKL
#COVID-19