MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Amanz
November 26, 2024 12:30 MYT
November 26, 2024 12:30 MYT
CIP MediaTek Dimensity 8350 telah dilancarkan semalam sebagai penambahbaikan kepada cip Dimensity 8300 yang dilancarkan sebelum ini.
Ringkasan AI
- Penambahbaikan dari Dimensity 8300: Dimensity 8350 adalah penambahbaikan kepada cip Dimensity 8300, dengan konfigurasi CPU dan GPU yang sama tetapi menggunakan teknologi 4nm.
- StarSpeed Engine: Cip ini dilengkapi dengan StarSpeed Engine yang mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 10% dan mengurangkan isu tersekat-sekat ketika menjalankan permainan.
- Sokongan Teknologi Terkini: Dimensity 8350 menyokong memori LPDDR5X, storan UFS 4.0, WiFi 6E, Bluetooth 5.4, kamera sehingga 320MP, dan video sehingga 4K 60FPS. Peranti pertama yang menggunakan cip ini ialah Oppo Reno13 dan Oppo Reno13 Pro.
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
Ini adalah konfigurasi CPU dan GPU yang sama sahaja dengan Dimensity 8300. Perbezaannya menurut MediaTek ialah penggunaan StarSpeed Engine untuk menjalankan permua.
StarSpeed Engine menawarkan pengurangan penggunaan tenaga sehingga 10% serta mengurangkan isu tersekat-sekat ketika menjalankan permua.
Terdapat sokongan memori LPDDR5X, storan UFS 4.0, WiFi 6E, Bluetooth 5.4, kamera sehingga 320MP dan sokongan video sehingga 4K 60FPS.
Peranti pertama yang menggunakan Dimensity 8350 ialah Oppo Reno13 dan Oppo Reno13 Pro. -Amanz