Media sosial heboh dengan spekulasi harga minyak naik
Astro Awani
Mac 31, 2015 16:04 MYT
Mac 31, 2015 16:04 MYT
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, kalangan pengguna di media sosial mulai membuat telahan mengenai harga minyak yang dijangka naik bermula April.
Rata-rata mereka sudah mengeluh sekiranya spekulasi tersebut nyata benar kerana ia dilihat bakal membebankan pengguna memandangkan April juga ialah tarikh bermulanya pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Pada masa sama, Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (PESAMP) di dalam laman webnya www.pesamp.org turut mengeluarkan jadual jangkaan harga minyak untuk April 2015.
Unjuran harga tersebut adalah berdasarkan Purata Harga Pasaran daripada 1 ke 26 Mac 2015.
Jadual menunjukkan petrol RON95 dan 97 dijangka naik RM0.07, manakala diesel RM0.05.
Namun begitu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ketika dihubungi berkata pengumuman rasmi mengenai perkara ini hanya akan dibuat malam ini.