Media sosial hangat dengan kehilangan Satishkumar

T K Letchumy Tamboo
Januari 28, 2013 12:52 MYT
Penemuan mayat William Yau Zhen Zhong di Port Klang pada Khamis lepas mungkin akan kekal abadi dalam sejarah Malaysia sebagai suatu tragedy yang menyayat hati.
Walaupun misteri di sekitar kematian budak berumur enam tahun itu masih segar di minda semua rakyat Malaysia, satu lagi kes kehilangan kanak-kanak sedang giat dibincangkan dalam laman media sosial.
Satishkumar Tamilvanan hilang pada 8 Ogos, 2012 di sebuah medan selera di Jalan Sama Gagah di Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Kanak-kanak berumur lima tahun itu telah mengikut ayahnya V. Tamilvanan, 35, dan datuknya S.Velmurugan ke medan selera pada hari itu.
Bapanya yang merupakan seorang pemandu lori, telah memberikan Satishkumar sedikit wang untuk membeli gula-gula di medan selera yang sama.
Satishkumar hilang selepas itu.
Pebincangan tentang kehilangan Satishkumar hangat dibincangkan di laman media sosial.
Satu akaun yang dipanggil 'Help find Satishkumar Tamilvanan' (Tolong cari Satishkumar Tamilvanan) telah direka di Facebook untuk mengikuti perkembangan kehilangan kanak-kanak yang akhir sekali dilihat memakai baju berwarna kuning dan seluar pendek berwarna hijau.
Kumpulan yang direka lima hari selepas kanak-kanak itu hilang, mendapat 29 ‘likes’ setakat ini.
Manakala gambar kanak-kanak yang ketinggiannya 70cm and 15kg giat disebarkan di laman Twitter. Antara mesej twitter yang disebarkan:
@theREALharvinth: “Seorang lagi kanak-kanak hilang. Satishkumar yang beusia lima tahun. Tolong sebarkan. Hubungi pihak berkuasa jikalau anda melihatnya.”
@KamaliaAdlina : “Sharlinie Mohd Nashar, Nisha Chandramohan & Satishkumar. Kanak-kanak yang hilang yang polis still tak jumpa."
@asrulmm “Satishkumar. Nisha Chandramohan. Sharlinie. Nurin Jazlin. Nurul Nadirah. William Yau. Pergi tetapi tidak akan dilupakan."
@1malaise “Sharlinie Mohd Nashar. Lee Xin Ru. Nisha Chandramohan. Asmawi Jalaluddin and T. Satishkumar. William Yau Zhen Zhong. Dimanakan anak-anak kita?”
#satishkumar tamilvanan #William Yau
;